KUALA LUMPUR: Seorang lelaki, 33 telah diberkas di sebuah rumah di Persiaran Bekor, Buntong dekat Ipoh malam tadi yang sebelum ini telah melarikan diri dipercayai selepas memukul isterinya hingga mati.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli, Pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Subang Jaya telah berjaya menahan suspek tersebut kira-kira pada jam 11.30 malam semalam.
Beliau berkata, “Dengan penangkapan itu, kita percaya telah berjaya menyelesaikan kes tersebut,”
Untuk maklumat, isterinya, seorang suri rumah ditemui mati dengan kesan lebam di muka dan badan dipercayai kesan daripada pukulan di sebuah rumah di Taman Puchong Utama, Bukit Puchong, Selangor Sabtu lalu.
Menurut laporan, suspek telah menghantar kedua-dua anak lelakinya yang masing-masing berusia enam tahun dan dua bulan ke rumah ibunya sebelum kejadian itu berlaku. - Siakapkeli.com.my