Peguam Chong Wei minta BWF tunda kes
KUALA LUMPUR: Pihak peguam yang telah dilantik untuk mengendalikan kes yang melibatkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei hari ini telah menghantar surat kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk menunda kes tersebut dahulu.
Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin. telah memaklumkan perkara ini dan penangguhan ini dibuat kerana peguam LCW memerlukan masa untuk memperinci kes tersebut.
Pihak BAM sebelum ni telah memaklumkan bahawa kes tersebut akan didengar pada 8 Disember ini di Amsterdam, Belanda.
Dato Chong Wei kini telah digantung sementara oleh BWF selepas didapati bersalah menggunakan barang terlarang dalam kejohanan sebelum ini- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini