Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Tingkatan 4 Dikhuatiri Hilang Ketika Sertai Maraton

No Comment


Terengganu, 2 Nov - Seorang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Ahmad Rafikin Azman dikhuatiri hilang selepas menyertai satu perlumbaan maraton di kawasan perkelahan Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu petang semalam.

Bapa kepada pelajar berkenaan,Azman Othman, membuat laporan polis pada pukul 6 petang setelah dia dikesan tidak menghabiskan maraton yang disertainya.

Sebelum membuat laporan polis, Azman telah memaklumkan perkara tersebut kepada penganjur setelah dia gagal menemui anaknya. Sepatutnya, pelajar berkenaan dijemput oleh bapanya pada pukul 3 petang.

Kesemua 32 peserta lain kecuali pelajar berkenaan telah menghabiskan marath

Sebelum itu, Azman memaklumkan penganjur kerana gagal menemui anaknya, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di Kuala Terengganu yang sepatutnya dijemput pulang pada pukul 3 petang.

Menurut wakil Urusetia maraton berkenaan, Mohd Rafi Kori, Ahmad Rafikin hanya melepasi 'checkpoint' pertama trek maraton tersebut yang sejauh 12 km.

Program maraton tersebut dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terenggau dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.

Kini, operasi mencari pelajar berkenaan sedang giat dijalankan - SiakapKeli
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli