Pemain Import Selangor Dakwa Gaji Tidak Di Bayar 3 Bulan
KUALA LUMPUR: Penyerang berbisa pasukan Red Giant telah mendakwa sudah tiga bulan tidak di bayar gaji oleh majikannya iaitu Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)
Rangel yang meluahkan melalui laman instagram miliknya menyuarakan rasa kesal dengan isu tersebut dan membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan selangor jika masalah ini tidak diselesaikan.
“Saya amat sedih apa yang Selangor lakukan kepada saya selepas apa yang saya lakuan untuk pasukan. Perasaan gembira semasa menandatangani kontrak bersama Selangor telah berubah kepada sedih kerana hingga sekarang mereka tidak membayar saya seperti apa yang telah dijanjikan,” katanya hari dalam laman instagram tersebut.
Luahan Rangel ini telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penyokong Red Giants dan barharap perkara ini perlu di selesaikan dengan cepat oleh FAS kerana menganggap perkara ini boleh mencalarkan maruah pasukan bola sepak Selangor yang telah menjuarai piala Malaysia sebanyak 32 kali. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini