Pemilik Kereta Terkejut Nombor Plat Kereta Sama
TELUK INTAN - Seorang ajen insurans telah terkejut dan bingung selepas sebuah kereta lain mempunyai nombor pendaftaran yang sama dengan sebuah keretanya
Beliau terkejut dan tertnya-tanya bagaimana nombor pendaftaran keretanya AJK8033 yang didaftarkan ke kereta jenis Volkswagen Golf miliknya boleh digunakan oleh orang lain.
Beliau diberitahu kawan yang berada di kawasan kereta tersebut akan kewujudan kereta sama nombor pendaftaran dengannya telah bergegas ke Jalan Speed dan terkejut menjumpai kereta model sama dengan keretanya itu dan terus turun menghampiri kereta tersebut. Ini telah mngejutkan orang ramai disitu dan ramai telah mengambil gambar untuk dimuat naik ke laman sosial.
Kejadian nombor pendaftaran sama ini telah menjadi viral dan perbualan hangat di media sosial.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes ini telah disiasat selepas ajen insurans tersebut telah membuat laporan polis di Pejabat Polis Teluk Intan pada hari yang sama bagi mengelak sesuatu yang tidak di ingin berlaku.
Berdasarkan keterangan pengadu berusia 34 tahun terbabit, dia memberitahu pihak polis telah menerima pesanan dari kawannya yang ternampak kereta tersebut dan membuatkan dia terus ke tempat kereta itu berada. Apabila sampai beliau telah terlihat sebuah kereta jenis Volkswagen Golf menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengannya.
“Pihak polis dihubungi dan bergegas ke tempat kejadian. Pihak kami juga menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang mengaku menggunakan kereta bernombor pendaftaran sama di tempat kejadian dan kereta dirampas,” katanya.
"Pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun iaitu pemilik asal kereta yang dibeli oeh pengadu."
Bagaimanapun, pengadu iaitu ejen insurans berkenaan tidak ditahan dan hanya diambil keterangan.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini