KUALA LUMPUR: Seramai 558,475 peminjam PTPTN yang gagal melunaskan bayaran balik akan di senaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara, mulai 1 Januari 2015.
Menurut Pengurusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Pada peringkat awal ini pihaknya akan menyenaraiakan 173,985 dahula dimana mereka ini tidak lansung membayar kepada PTPTN selama 3 tahun bermula dari tarikh mula membayar.
"Penyenaraian ini akan dibuat secara berperingkat. Pada peringkat permulaan, butiran mengenai 173,985 peminjam dengan pinjaman berjumlah RM1.23 bilion akan disenaraikan dalam CCRIS.
Beliau melihat cara ini lebih berkesan untuk membuatkan peminjam membayar balik pinjaman mereka dengan PTPTN.Sebelum ini pihak PTPTN sudah ingin melaksanakan rancangan ini tetapi di tangguh dan ada pihak meminta di kaji semula kerana seolah-olah membebankan peminjam.
Tahukah anda bahawa setiap rekod bayaran terhadap pinjaman, gadai janji, kad kredit, overdaft atau lain-lain yang anda lakukan setiap bulan kepada mana-mana bank akan mereka hantar ke Bank Negara Malaysia dalam format laporan bulanan.
Laporan-laporan bulanan ini akan di uruskan oleh Jabatan Kredit (Credit Bureau) dan akan dimasukkan ke dalam sebuah sistem pengumpulan maklumat yang dipanggil CCRIS (Central Credit Reference Information Systems). Sistem CCRIS inilah yang dipanggil pengkalan data bersama itu. Mana-mana bank yang berdaftar boleh mencapai maklumat kredit seseorang atau sesebuah syarikat pada bila-bila masa apabila diperlukan.
Maksudnya, tidak kira anda peminjam bermasalah atau tidak, maklumat anda memang sudah sedia ada di dalam sistem CCRIS.Maklumat ini akan digunakan untuk mengira DSR (Debt Service Ratio) anda setiap bulan. Ada sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman perumahan sekiranya DSR berada pada tahap 50% atau lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu. - Siakapkeli.com.my