Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penjenayah Memohon Maaf Selepas Tersalah Tetak

No Comment


PETRA JAYA : Empat penjenayah semalam telah bertindak nekad untuk menghantar seorang lelaki seteleh menyedari orang yang mereka tetak adalah orang lain.

 “Maaf, kami tersalah orang,” cakap seorang penjenayah tersebut dalam kejadian yang berlaku di Taman Sukma semalam dan terus menghantar mangsa ke sebuah hospital swasta mungkin kerana kesian.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad mengesahkan kejadian ini dan memberitahu, selepas mereka menyedari telah tersalah orang, sorang dari penjenyah tersebut telah bertindak nekad menghantar mangsa ke sebuah hospital.


Menurut beliau lagi sebelum kejadian, mangsa bersama dengans seorang rakan terah terserempak dengan penjenayah-penjenayah tersebut yang membawa parang dan terus keluar untuk menyelamatkan diri tetapi tidak sempat apabila satu libasan telah mengenai mangsa.

“Suspek kemudian menghalang kereta mangsa menyebabkan dia dan rakan keluar melarikan diri. Bagaimanapun, cubaan mangsa melarikan diri gagal menyebabkan dia ditetak penjenayah terbabit.

“Selepas mencederakan mangsa, barulah suspek sedar lelaki itu bukan sasarannya. Salah seorang suspek meminta maaf dan segera menghantarnya ke hospital.

“Mangsa berkata, dia tidak mengenali semua suspek selain tidak tahu apakah punca sebenar dia diserang,” katanya.

Bagaimanapun dua orang suspek teah berjaya ditahan di sekitar abndar tersebut dan polis masih memburu dua lagi suspek. Kes ini disiasat mengikut seksyen 326 kanun keseksaan.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli