Prada 'Cap Ayam' Modal RM30 Jual Rm400
KUALA LUMPUR: Dengan hanya bermodalkan RM30, seorang warga Bangladesh boleh menjual beg Prada 'Cap Ayam' dengan harga RM400 walaupun beg tersebut adalah beg tiruan dan seludup. Itulah taktik digunakan seorang saudagar barangan cetak rompak warga Bangladesh yang ditahan kerana menipu orang ramai, semalam
Suspek di kesan memperoleh keuntungan yang amat lumayan sehingga mampu meyewa tiga lot kedai di sebuah pusat memeli belah di Bukit Bintang.
Kegiatannya terbongkar apabila sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan serbuan di premis itu sekitar jam 2 petang semalam.
Operasi tersebut membabitkan lapan pegawai KPDNKK dan turut dibantu oleh pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang terbabit dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi dimulakan sejak Sabtu lalu.
Serbuan dilakukan adalah dari aduan orang ramai tentang penjualan barangan tiruan berjenama terkemuka di pusat beli-belah yang menjadi tumpuan pelancong asing itu.
"Hasil pemeriksaan mendapati premis itu menjual lebih lebih 100 beg tangan pelbagai jenama terkemuka dengan harga ratusan ringgit setiap satu. Pemeriksaan turut mendapati premis yang diserbu tersebut dimiliki oleh seorang lelaki warga Bangladesh.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini