Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pusat Dagangan Dunia (WTC) telah mula beroperasi

No Comment


Setelah bertahun-tahun tergendala kerana masalah kewangan dan pertelingkahan politik dalaman,"Crown Jewel" di kompleks Pusat Dagangan Dunia yang baru akhirnya telah dibuka untuk perniagaan pada hari Isnin. Sebagai simbolik pembukaan Freedom Tower ini, seramai 175 orang pekerja daripada syarikat penerbitan gergasi Condé Nast memasuki ruang bagunan tersebut selepas 13 tahun serangan 11 September yang meranapkan bagunan asalnya.

Pekerja-pekerja Condé Nast seperti Vanity Fair, Graydon Carter, Vogue, Anna Wintour dan New Yorker, David Remnick akan menyewa di tingkat 20 hingga 44 daripada 104 tingkat bagunan yang diberi nama One World Trade Cantre.


"Condé Nast amat berbangga menjadi sebahagian penting daripada  pembaharuan untuk kota New York," kata jurucakap Condé Nast Patti Rockenwagner

"Kami teruja mengenai menyumbang kepada masyarakat dari tahun ke tahun yang akan datang."
Rockenwagner berkata 3,400 kakitangan syarikat tersebut akan dijadulkan berpindah secara berperingkat peringkat dari pejabat sekarang di bagunan Times Square dan memastikan menjelang bulan februari semua pekerjanya sudah berpindah ke sini.

One World Trade Center, direka bentuk oleh arkitek terkenal iaitu David Childs dengan dikendalikan oleh Durst Organization sebagai pemilik menara, Port Authority of New York and New Jersey, iaitu syarikat milik kerajaan US.



Penyewa-penyewa lain adalah China Center New York, Legends Hospital Group dan General Services Administration, iaitu agensi bantuan asas kepada beberapa agensi persekutuan Amerika.

Jurucakap Durst Organization, Jordan Barowitz memberitahu, 60 peratus ruang pejabat sudah habis disewa. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli