Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rafizi Tak Hadir Parlimen, Ahmad Maslan Anggap Isu 1MBD Selesai

No Comment
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan menggesa MP Pandan Rafizi Ramli supaya tidak memanjangkan usahanya untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan kerana timbalan menteri kewangan itu mengganggap perkara itu "telah selesai."

Rafizi, tidak hadir ke parlimen hari ini sekalipun Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersedia untuk membut keputusan.

Bagaimanapun, Pandikar Amin turut berkata bahawa Rafizi tidak menyerahkan dokumen yang diminta oleh beliau.

Ahmad berkata beliau telah menyerahkan kepada speaker semua dokumen yang relevan untuk menjawab segala tuduhan Rafizi yang mendakwa MP Pontian itu mengelirukan berhubung kontrversi surat sokongan untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya menganggap kes ini telah selesai dan menganggap pembangkang tidak berupaya untuk mempertahankan dakwaan (yang dibuat)," kata Ahmad kepada pemberita di lobi parlimen.

"Jika Rafizi sakit, saya berharap beliau segera sembug supaya kita dapat menyelesaikan perkara ini," katanya lagi. ─ Malaysiankini
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli