Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Subsidi Dikurangkan, Harga Petrol Indonesia Naik 30 Peratus

No Comment
Keputusan pengurangan subsidi minyak oleh pentadbiran Jokowi dijangka jimatkan wang kerajaan Indonesia hingga $8 bilion tahun depan.
JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan kenaikan harga bahan api sebanyak 30 peratus berkuat kuasa tengah malam tadi.

Ia adalah keputusan pertama dalam dasar ekonomi Widodo sejak mengambil alih kerajaan Oktober lalu.

Berikutan pengumuman kenaikan harga bahan api itu, jumlah subsidi bahan api dikurangkan yang akan disambut baik di kalangan pakar ekonomi tetapi berdepan risiko terhadap populariti presiden baharu berkenaan.

“Dari semasa ke semasa, negara berdepan pilihan yang sukar. Bagaimanapun, kita mesti membuat keputusan,” kata Jokowi dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen di seluruh negara.

Subsidi bahan api adalah isu sensitif di Indonesia.

Belia membaling batu tanpa protes terhadap kenakan harga minyak di Indonesia.
Sehubungan itu, pengurangan subsidi bahan api tahun lalu mencetuskan bantahan dan sebelum pengumuman malam tadi, belia membaling batu ketika berdepan pasukan keselamatan di salah satu tempat tumpuan orang ramai.

Kenderaan memenuhi stesen minyak sebaik mengetahui harga petrol akan meningkat selepas tengah malam tadi.
Bagaimanapun, di kebanyakan wilayah negara itu didapati tenang sebelum pengumuman itu yang dijangka selama berminggu-minggu dan stesen televisyen memberi tumpuan kepada kesibukan pemandu kenderaan dan penunggang motosikal beratur panjang untuk mengisi minyak, malam tadi.

Bahan api Indonesia, antara yang paling rendah di dunia, dinaikkan sebanyak 2,000 rupiah seliter, dengan petrol bersubsidi kini berharga 8,500 rupiah seliter dan diesel 7,500 rupiah.

“Langkah itu adalah menggalakkan sejak Widodo serius melaksanakan pembaharuan ekonomi di Indonesia dan bersedia mengambil tindakan walaupun tidak popular dalam jangka masa pendek,” kata ahli ekonomi, Gareth Leather dari Capital Economics.

Menteri Kewangan, Bambang Brodjonegoro pula berkata, beliau menjangka kadar inflasi akan meningkat dua peratus kepada 7.3 peratus tahun ini selepas kenaikan harga minyak dan kesan inflasi itu akan dirasai sehingga Februari tahun depan.

Selain itu, keputusan untuk menaikkan harga bahan api itu dikecam oleh kesatuan sekerja dan sesetengah ahli politik pembangkang.

“Ia bukan keputusan wajar buat masa ini. Kadar elektrik baharu dinaikkan baru-baru ini dan mata wang kini tertekan manakala kadar inflasi akan naik daripada jangkaan pada awal tahun,” kata ahli parti Golkar, Bobby Rizaldi.

Sementara itu, pegawai yang mewakili kerajaan Widodo bagaimanapun menegaskan wang yang dijimatkan daripada subsidi yang dikurangkan itu akan dibelanjakan untuk infrastruktur, pertanian, pendidikan dan projek kesihatan. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli