Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terjemah Al Quran Tanpa Ayat Asal Adalah Haram

No Comment


GOPENG - Menterjemah ayat suci Al Quran Tanpa Menyertakan ayat asal adalah haram walaupun digunakan untuk berdakwah kepada orang bukan Islam menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria petang tadi.

Menurut beliau lagi terjemahan tanpa disertakan ayat asal selalunya tidak tepat kerana penterjemahan perlu dilakukan mengikut kaedah pembacaan bahasa arab.

"Terjemahan al-Quran perlu mengikut kaedah bahasa Arab, mesti ada ilmu alat, ilmu mantik dan ilmu nahu. Semua ada peraturan tertentu. Kita tidak boleh terjemah tanpa ayat asal kerana ia akan tidak memberi makna dan pemahaman sebenar," katanya lagi.

Sebelum ini telah terdapat satu permintaan dari seorang pensyarah wanita yang mahu menterjemahakan ayat Al Quran kepada bahasa lain tanpa menggunakan ayat asaal Al Quran dalam bahasa arab untuk memberi lebih pemahaman kepada orang bukan Islam.

Sebelum ini, Pensyarah tersebut telah meminta kelulusan Kementerian Dalam Negeri dalam hal berkenaan tetapi telah ditolak.Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli