Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiga beranak tekorban dalam nahas di Kuala Lipis

No Comment


KUALA LIPIS: 3 beranak maut dan seorang lagi cedera parah selepas kenderaan jenis (MPV) mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di KM 92 jalan Lipis-Merapoh pada pukul 2.00 pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu Nik Zainuddin Nik Mohamad, 58, isterinya, Wan Akma Lailee Wan Aziz, 54 dan anak perempuan mereka Nik Lyana, 19, manakala anak lelakinya Ahmad Bahari, 15, cedera parah. Kesemua mereka berasal dari Gua Musang di kejarkan ke hospital


Menurut ketua polis daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu Zainuddin dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh bas.

"Akibatnya, tiga daripada empat beranak itu maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala seorang lagi parah, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang.

"Bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kota Bharu dengan membawa 42 penumpang, pemandunya dikenali Adnan Abdullah, 45, cedera ringan manakala kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Abdul Razak berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli