Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tindakan MAS Pecat Pramugara Kes Serangan Seksual Dikecam

No Comment
Presiden NUFAM


KUALA LUMPUR: Seorang pramugara MAS yang berdepan dengan tuduhan melakukan serangan seksual keatas seorang penumpang wanita dilaporkan telah dipecat oleh MAS.

Tindakan MAS memecat pramugara itu dikecam oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) kerana pramugara berkenaan masih belum didakwa atau dibicarakan berikutan kes tersebut.

Menurut NUFAM, tindakan itu tidak mengikut lunas undang-undang dan membelakangnya keadilan. Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin memberitahu pramugara itu yang telah berkhidmat dengan MAS selama 32 tahun itu telah menerima notis pemberhentian tugas dua minggu selepas insiden tersebut didedahkan.

"Hal ini sama sekali tidak dijangka kerana surat itu dihantar ketika dia masih lagi berada di pusat tahanan di luar negara. Bagaimana dia hendak memberi respons?”kata Ismail memetik laporan dari The Malaysia Insider.

Ismail mendakwa MAS seolah-olah 'cuci tangan' dalam kes pramugara ini dan tidak menawarkan sebarang bantuan kepada keluarga pramugara tersebut. - Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli