Wak Doyok Tampil Perjelas Isu Komen Lucahnya Di Instagram Milik Kilafairy
Akhirnya Wak Doyok tampil menjelaskan isu kontroversinya apabila dikatakan dia telah menulis komen lucah di dalam ruang komen Instagram milik Kilafairy.
Ramai peminat-peminat telah melabelkan Wak Doyok sebagai gila seks dan gatal hanya kerana komen Wak Doyok tersebut.
BACA: Peminat Selar Wak Doyok Kerana Komen Lucah Di Dalam Akaun Instgram Kilafairy
Wak Doyok yang ditemu bual Harian Metro mengakui serik dengan perbuatannya itu sambil menceritkan apa yang ditulisnya itu hanya gurauan semata-mata.
“Saya sudah serik. Tak sangka pula gurauan itu disalahtafsirkan orang lain. Padahal saya hanya bergurau komen macam itu pada gambar Kila seperti gurauan antara kawan. Tak sangka segelintir pihak salah anggap dan menjadikan ia masalah besar.
“Sedangkan antara saya dan Kila memang tahu itu hanya usikan kawan. Bila dah jadi isu saya kena akur dengan kedudukan saya sebagai ikon masyarakat, saya terima teguran orang dengan hati terbuka.” ceritanya.
Apepun pesanan kepada Wak Doyok sendiri dan artis-artis lain, dalam bertutur tu kena beringat dan berfikir dahulu kerana perbuatan anda sentiasa diperhatikan oleh peminat. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini