Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

ADUN Seberang Jaya Kemuka Permohonan Kali kedua Untuk Berjumpa Anwar

No Comment


KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin telah membuat permohonan kedua kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara di Sungai Buloh.

Tujuana permohonan itu dibuat adalah untuk berjumpa dengan Anwar atas urusan kerja memandangkan beliau adalah ADUN Seberang Jaya dan Anwar masih lagi merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Saya selaku ADUN Seberang Jaya di bawah Parlimen Permatang Pauh ingin memohon buat kali kedua untuk bertemu dengan beliau bagi menyelesaikan beberapa urusan rasmi melibatkan peruntukan dan keputusan polisi di Parlimen Permatang Pauh.

“Tujuan permohanan ini dikemukakan kepada pihak penjara adalah bertujuan bagi membincangkan beberapa urusan rasmi yang melibatkan kawasan Parlimen Permatang Pauh dan bagi mendapatkan kelulusan peruntukan daripada beliau,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang melahirkan rasa kesal kerana pihak penjara melarang beliau untuk berjumpa dengan Anwar dengan alasan atas faktor keselamatan.

“Segala urusan adalah melibatkan kepentingan rakyat yang diwakili beliau di Permatang Pauh. Beliau (Anwar) berhak untuk menjalankan tugas beliau sebagai Ahli Parlimen,” tegasnya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli