Peristiwa ini berlaku membabitkan saluran berita terkenal NBC NEWS apabila seorang wartawan yang akan berlintas langsung tentang berita cuaca masih belum bersedia dan tengah membuang air kecil.
Ketika kejadian itu, pembaca berita, Lester Holt berkata, “Kita bawakan laporan kaji cuaca bersama peramal cuaca, Mike Seidel yang kini berada di Sugar Mountain, North Carolina. Hi Mike?
Walaubagaimanapun Mike Seidel tidak menyedari gelagat dia membuang air kecing di rakam dan menjawab, Mengapa?
Selepas menyedari apa yang berlaku, Holt terus memutuskan siaran langsung tersebut untuk menyelamatkan keadaan dan berkata,“Nampaknya, Mike masih lagi belum bersedia”
Apapun keputusan memutuskan siaran langsung tersebut sudah terlambat apabila siaran langsung tersebut telah dapat dilihat oleh penonton-penonton berita tersebut dan menjadi kontrversi. -Siakapkeli.com.my
