Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

2 gadis sunti maut dalam nahas

No Comment


KUALA LIPIS – Dua pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nadia Farahidayu Yusoff, 17, dan Nur Syafinaz Mohamad Affader, 17, maut dalam satu kemalangan di Kilometer 12, Jalan Kuala Lipis-Benta di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam di hadapan Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Kuala Lipis itu, kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Nadia Farahidayu dari arah Benta ke Kuala Lipis dipercayai bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu Nuramiruddin Ariffin, 29, yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setia Wangsa di sini yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM dalam perjalanan dari bandar Raub kerana membeli beberapa barangan sebagai persiapan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) minggu hadapan.-Kosmo
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli