Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penduduk Kecewa Dengan SADA, Bekalan Air Sudah 3 Bulan Terputus

No Comment


PENDANG: Penduduk sekitar Mukim Tobiar di daerah ini melahirkan rasa kecewa dengan Syarikat Bekalan Air Darul Aman(SADA) berikutkan kampung mereka sudah lebih 3 bulan tidak mempunyai air.

Kampung yang terlibat ialah Kampaung Balik Bukit, Kampung Sena, Kampung Keranji, Kampung Kerkau, Kampung kepala Bukit dan Kampung Jelutong.

Menurut seorang penduduk kampung yang terlibat, Mohd Firdaus berkata kampungnya dan beberapa kampung sekitar sudah 3 bulan lebih tidak mendapat air dan pelbagai aduan telah dibuat tetapi tidak ada apa-apa tindakan.

Dalam tempoh 3 bulan tersebut air kadang-kadang ada tetapi dalam pukul 4 pagi dan kadang-kadang tiada.

"Kami terpaksa mencari sumbar air sendiri dan alhamdulillah walaupun masalah ini masih belum berjaya diatasi pihak SADA ada menghantar air dengan lori tangki,"

"Air yang dihantar bolehlah dibuat sebagai air mandi dan tidak boleh memasak kerana air tersebut dipercayai air sungai kerana berdasarkan warnanya yang agak keruh." katanya.


Keadaan ini bertambah runcing dalam minggu ini apabila beberapa tempat sekitar terputus terus bekalan air.

Keadaan ini menyebabkan ramai premis menjual makanan terpaksa ditutup kerana ketiadaan air untuk membasuh dan memasak.

"Kami terpaksa berikhtiar sendiri untuk mendapat bekalan air bersih dengan memasang paip ke telaga berhampiran."

"Tetapi itu bagi keluarga saya, tetapi bagi mereka yang jauh dari telaga tersebut kebanyakkannya terpaksa pergi ke tumah saudara mara di luar kawasan untuk mengambil air bersih dan membasuh pakaiaan."

"Adakah sebenarnya Kedah sudah membuat catuan air kerana kami sudah perlu menghadapi keadaan ini sedangkan baru-baru ini kerajaan negeri mengatakan air tidak akn dicatu," tegasnya. - Siakapkeli.com.my





Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli