Hanis Zalikha Mula Berijrah Mengenakan Tudung Atas Dorongan Ibu Bapanya
Nampaknya penghijrahan ramai golongan artis kita ke arah imej lebih baik dan menutup aurat sudah semakin mendapat sambutan dan terbaru aktress terkenal yang juga merupakan seorang blogger sudah berhijrah dengan mengenakan hijab.
Tindakkan Hanis ini amatlah baik dan semua peminat menyokong tindakan Kek Nis ini dan memberi kata-kata semangat.
Semalam Kek Nis telah memuat naik gambar terbarunya berhijab di laman sosial miliknya selepas Hairul Azreen iaitu tunangnya memuat naik gambar bertudung sebelum ini.
Gambar Hanis yang mengenakan jubah dan tudung serba hitam ini menerima lebih 45,000 likes setelah ianya dimuat naik.
Hanis sendiri sebenarnya mengakui bahawa sudah lama menyimpan hasrat untuk mengenakan hijab namun tidak mahu bercerita mengenai perkara tersebut dan beliau sentiasa mendapat galakan dari kedua ibu bapanya.
“Sebelum saya jadi isteri orang tahun ini, biarlah saya gembirakan ibu bapa dulu dengan menutup aurat. Sebenarnya tak berapa seronok nak cakap banyak mengenai penghijrahan ini sebab saya buat atas tuntutan agama.
“Saya tak nak ulas banyak sangat pun cuma apa yang boleh saya katakan, ini adalah doa dan galakan ibu bapa saya. Mereka selalu suarakan hasrat untuk melihat saya bertudung.
“Saya rasa ia adalah masa yang tepat selepas semua komitmen seni saya selesai, jadi saya nak mulakan yang baru. Saya masih diri saya seperti dulu. Cuma sekarang mulai bertudung untuk menyempurnakan aurat. Lain-lain aspek itu saya akan belajar sedikit demi sedikit,” jelasnya dipetik dari Harian Metro.
Apapun Admin sokong apa yang dilakukan oleh Kek Nis ni, Manis yang amat bila Kek Nis bertudung. Semoga apa yang dibuat ini ikhlas kerana Allah Taala. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini