Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pasangan Bomoh Kucing Sering Mengamuk Tanpa Sebab

No Comment


KUALA LUMPUR – Tidak banyak yang melegakan hati penduduk meskipun selepas empat hari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan serbuan ke atas sebuah unit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda yang dihuni sepasang suami isteri, didakwa mengaku sebagai bomoh dan membela lebih 40 ekor kucing untuk tujuan pemujaan.

Salah seorang penduduk berkata, walaupun struktur halangan depan unit rumah lelaki itu telah dirobohkan, ia tidak mengubah sikap pelik individu itu yang sering mengamuk tanpa sebab.

Malah pada malam hari selepas serbuan minggu lalu, lelaki itu didakwa menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

“Lelaki itu disyaki pecahkan saluran paip luar sebuah unit kosong menyebabkan najis kucing yang dibersihkan di kaki lima unitnya mengalir ke bawah dan mengenai unit rumah bawah,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi sumber penduduk berkata, lelaki itu masih membuang sisa pasir najis kucing ke bawah bangunan setiap hari.

Malah perkara berkenaan turut diakui oleh pekerja pembersihan di kawasan berkenaan.

“Dia baling jauh sedikit, tidak betul-betul jatuh di bawah flat, tapi najis itu akan kena kereta orang,” katanya.

Turut didakwa, lelaki berkenaan bertindak melemparkan botol kaca berisi sos ke salah sebuah unit, tanpa sebab, sehari selepas serbuan.

“Nasib baik tidak kena penghuni kerana pintu bertutup,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian ke unit berkenaan mendapati ia berkunci dan tidak terdapat tanda-tanda ada penghuni di dalamnya.

Bahagian kaki lima unit masih dipenuhi kesan lumut dan terdapat sangkar dilonggokkan di bahagian tepi tangga.

Turut ditemui kuali kecil berisi sisa bara api, yang disangkut menghalangi laluan ke unit berkenaan, tidak diketahui tujuannya.

Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi penghuni berdekatan namun mereka enggan mengulas lanjut dan memberi alasan tidak mahu mencampuri urusan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, ada antara mereka mengakui tidak senang dan takut apabila terserempak dengan lelaki itu disebabkan beberapa insiden yang pernah berlaku sebelum ini.

Ditanya tentang kucing-kucing belaan lelaki itu, tiada penduduk yang mengetahui sama ada ia masih ada dalam unit atau telah dipindahkan, namun tiada yang mendakwa melihat lelaki berkenaan membawa turun kucing dengan banyak.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan pemantauan terhadap unit yang dihuni lelaki itu.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Komuniti, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata, walaupun tempoh 30 hari diberikan untuk memindahkan kucing-kucing yang dibela, pihaknya tetap melakukan pemantauan dan tindakan tamat kontrak sewa akan diambil sekiranya melanggar syarat yang ditetapkan.

Dalam masa sama, pihaknya akan mendapatkan kerjasama agensi-agensi berkaitan agar tindakan lebih serius dapat dilaksanakan bagi menyiasat kedudukan sebenar lelaki itu.

“Jabatan tidak mempunyai rekod kesihatan penghuni namun kita boleh dapatkan bantuan agensi kesihatan untuk tindakan siasatan lanjut.

“Bagaimanapun tempoh telah diberikan, jikadia gagal pindahkan kucing-kucing, kita akan sita,” katanya. – Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli