Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hangar dalam pembinaan runtuh, lima terbunuh

No Comment


Makassar: Sebuah hangar yang dalam pembinaan di Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin di sini runtuh, menyebabkan lima orang terbunuh dan 12 lagi cedera parah.

Sehingga ini, pihak berkuasa Indonesia belum memberi butir lanjut mengenai punca kejadian.
Menurut seorang saksi, ia berlaku kira-kira 9.30 pagi (waktu tempatan) ketika pekerja melakukan pemasangan bahagian bumbung.

“Bangunan yang dalam pembinaan itu tiba-tiba senget lalu runtuh. Bahagian tengahnya patah,” kata saksi itu.

Jurucakap PT Akasa Pura Makassar yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, Rio Hendarto semalam mengesahkan 17 pekerja cedera dalam kejadian itu dan lima daripada mereka meninggal dunia.

“Kami dengan kerjasama pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) melancarkan operasi menyelamat. Mangsa dihantar ke hospital,” kata Rio. - Agensi

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli