Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bumbung Diubahsuai Jadi Sawah Padi

No Comment


Beijing: Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter persegi menjadi tapak pertanian.

Jurucakap kilang, Lu Xiaoqing berkata, idea itu tercetus selepas syarikat itu memikirkan kaedah untuk menggunakan sepenuhnya bumbung kilang terbabit.

“Jadi kami wujudkan projek pertanian yang turut membabitkan kakitangan kami,” katanya.

China Daily melaporkan, bumbung bangunan itu cukup kuat untuk menampung projek pertanian berkenaan, selain kalis air bagi mengelak kebocoran di kilang di bawahnya.

Pekerja kilang turut bercucuk tanam selain memelihara ayam dan ternakan.


Tugasan menjaga setiap bahagian kebun diagihkan sesama pekerja dan semua hasil dikongsikan bersama secara percuma.

Sumber tanah semakin berkurangan di bandar besar di China disebabkan pembangunan.

Beberapa bandar sebelum ini berjaya melakukan kaedah pertanian atas bumbung.

Malah, Persatuan Landskap Bumbung Beijing menganggarkan keluasan kasar bumbung hijau di Beijing ialah 1.2 meter juta persegi pada 2012.

Kaedah ini bukan terhad untuk pertanian. Sebuah sekolah rendah di wilayah Zhejiang membina trek larian sepanjang 200 meter di bumbungnya sebagai kaedah menjimatkan ruang. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli