Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hukuman Sebat Terhadap Warga Jerman Di Singapura Bukanlah Satu Siksaan

No Comment


Singapura: Kerajaan Singapura semalam menyokong keputusan mahkamah yang menjatuhi hukuman sebatan ke atas dua lelaki Jerman kerana menconteng dinding kereta api metro dan menceroboh depoh keselamatan tinggi dan menolak dakwaan hukuman itu satu bentuk penyeksaan.

Mahkamah di republik itu - yang sering mengambil pendirian tegas ke atas pesalah vandalisme - minggu lalu menghukum Andreas Von Knorre, 22, dan Elton Hinz, 21, dengan sembilan bulan penjara dan tiga sebatan bagi kejadian yang berlaku November tahun lalu itu.

Human Rights Watch (HRW) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menyelar tindakan Singapura yang terus menggunakan hukuman sebat - yang diamalkan sejak zaman pemerintahan British. Ia menganggapnya sebagai kaedah penyeksaan.

Namun, jurucakap pejabat peguam negara Singapura semalam berkata, keputusan mahkamah itu menunjukkan republik itu tidak membezakan kerakyatan.

“Singapura memang terkenal dengan ketetapan undang-undangnya ke atas vandalisme. Sebatan ditetapkan sebagai hukuman ke atas perbuatan itu dan dikenakan terhadap sesiapa yang melanggarnya.

“Hukuman sebat bukan penyeksaan. Ia dijalankan di Singapura mengikut peraturan yang ketat malah dipantau doktor setiap masa.

“Von Knorre dan Hinz perosak harta awam yang melanggar undang-undang untuk memuaskan diri sendiri,” katanya. - AFP

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli