Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat solar pertama keliling dunia

No Comment


Abu Dhabi: Usaha pertama terbang mengelilingi dunia menggunakan pesawat yang dijana sepenuhnya kuasa solar semalam dilancarkan di Abu Dhabi dalam pengembaraan yang diharapkan mampu mempromosikan penggunaan tenaga hijau.

Perjalanan Solar Impulse 2 itu - yang pasti menguji ketahanan juruterbangnya, warga Switzerland Andre Borschberg - berlepas pada jam 7.12 pagi (waktu tempatan) dari lapangan terbang Al-Bateen dan dijadualkan mendarat di Muscat, Oman pada petang sama.

Pelancaran pesawat itu pada mulanya dijadualkan Sabtu lalu, tetapi ditangguhkan kerana keadaan angin kencang. Ia membabitkan penyelidikan selama 13 dan ujian oleh Borschberg dan juruterbang senegaranya Bertrand Piccard.

Laman web yang memantau pergerakannya melaporkan, selepas dua jam 15 minit penerbangan, Borschberg direkodkan sudah menghabiskan 13 peratus perjalanannya ke Muscat dan menjawab soalan media sebelum cuba menghubungi isterinya.

Dari Muscat, pesawat itu akan melakukan 12 hentian dalam pengembaraan dijadualkan selama lima bulan dengan waktu penerbangan sekitar 25 hari.

Ia akan melintasi Laut Arab ke India sebelum meneruskan perjalanan ke Myanmar, China, Hawaii dan New York.

Ia turut dijadualkan mendarat di beberapa lokasi di Amerika Syarikat, selain sama ada Eropah atau Afrika Utara, bergantung kepada cuaca.

Rentang sayap pesawat satu tempat duduk dikenali sebagai Si2 itu besar sedikit daripada jet jumbo tetapi beratnya sama dengan kereta.

Juruterbang terbabit melakukan latihan intensif sebagai persiapan untuk pengembaraan itu, termasuk yoga untuk melatih diri tidur selama hanya 20 minit sebelum terjaga dalam keadaan segar. - AFP

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli