TOGO: Semalam ibu kepada penyerang penyerang Tottenham Hotspur, Emmanuel Adebayor, telah tampil mendakwa dia telah dihalau dan dituduh oleh anaknya itu mengenakan ilmu hitam terhadap anaknya itu.
Menurut ibunya, Alice, 62, selepas dihalau Adebayor dia kini telah kembali ke kampungnya di Togo dan hidup dengan keadaan yang amat daif walaupun anaknya itu adalah seorang jutawan. Beliau mendakwa hanya bependapat RM 5 sehari menjual tomato di sana.
Alice memberitahu Adebayor menuduhnya kerana mendakwa dia merancang untuk menguasai hartanya apabila dia mati dan menggunakan ilmu hitam 'Juju' untuk menyebabkan dia mati dengan cepat.
Bagaimanapun perkara tersebut telah dinafikan Adebayor
“Saya hanya seorang pemain bola, bagaimana saya boleh melihat sama ada seseorang itu ahli sihir atau tidak. Saya tidak pernah menghalau ibu saya, dia yang mengambil keputusan untuk berpindah.
“Tetapi sekarang bagaimana saya hendak berhubung dengan ibu saya jika dia sendiri menyatakan bahawa prestasi saya tidak akan meningkat,’’ katanya.
Adebayor juga menafikan ibunya hidup dalam keadaan daif di Togo kerana dia telah memberikan wang kepada ibu dan 6 adik beradiknya untuk memastikan keadaan hidup mereka tidak susah.
“Jika mereka mendakwa saya tidak menjaga ibu saya, bagaimana dengan enam adik beradik yang lain, kenapa mereka tidak boleh melakukannya dan bekerja,’’ katanya.- Siakapkeli.com.my