Bangunan ‘White House’ Dibina di Iraq
ERBIL 17 Dis – Sebuah rumah mewah menyerupai bangunan kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS), White House sedang dalam pembinaan di Iraq dan bakal menggamit pelancong serta penduduk sekitar apabila ia siap kelak.
Bangunan agama itu dibina di bandar Mosul, terletak 80 kilometer dari kawasan bergolak yang dikuasai kumpulan militan Negara Islam (IS).
Rumah itu berukuran 3,000 meter persegi, dibina lebih kecil daripada bangunan White House sebenar yang berukuran 5,109 meter persegi.
Kos pembinaannya dipercayai bernilai AS$20 juta (RM69 juta).
Portal berita nydailynews melaporkan, ia dibina oleh seorang taikun Kurdis di Kota Impian yang merupakan sebuah kawasan kediaman mewah di bandar Erbil, Iraq.
Ia turut dihiasi siling bersalut emas 21 karat, lampu candeliar berukuran 2.7 meter dan jubin Turki berukiran halus.
Jutawan itu, Shihab Shihab memberitahu NPR News, dia mengarahkan untuk meniru kediaman rasmi Presiden AS tetapi menggunakan marmar Greek yang diimport berbanding menggunakan batu pasir yang asal.
“Saya mahu sebuah rumah yang menjadi perbualan orang ramai.
“Saya mahu mencipta satu mercu tanda baharu yang lebih hebat di kawasan mewah ini dan saya berpendapat jika anda ada wang, anda perlu tinggal di dalam kemewahan,” katanya yang mendakwa rumah agam itu, setakat ini masih dalam pembinaan dan mempunyai lakaran cetakan biru yang mengagumkan.
Kata Shihab, dia pernah dihina menerima tawaran bernilai AS$17 juta (RM59 juta) daripada seseorang untuk membina rumah tersebut pada Oktober lalu.
Shihab juga berkata, dia amat berbesar hati untuk membenarkan Presiden Obama singgah di rumahnya itu.
“Jika Obama datang, saya akan menjemputnya datang ke sini. Kami akan menjemputnya untuk jamuan kebab Erbil dan ikan,” katanya. - Utusan Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini