Banjir : Kota Bharu Lumpuh - Utusan
KOTA BHARU 25 Dis. - Limpahan air Sungai Kelantan yang naik sejak semalam hampir memenuhi keseluruhan bandar ini menyebabkan aktiviti lumpuh.
Pejabat Utusan Malaysia Biro Kelantan turut terjejas dan operasi terpaksa dipindahkan ke lokasi lain.
Biarpun menghadapi kesukaran operasi akhbar ini tetap diteruskan seperti biasa bagi memberikan laporan terbaik kepada pembaca.
Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati air turut memenuhi Wisma Persekutuan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Jalan-jalan utama di bandar ini turut ditutup. - UTUSAN ONLINE
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini