Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berat Badan 241kg Halang Pesakit Kaki Gajah Jalani Pembedahan

No Comment

Sheikh Nafiq (dua, kiri) berbincang mengenai keadaan kesihatan Ahmad Khalid dengan Dr Pok (kanan) di PPUM

KUALA LUMPUR: Ahmad Khalid Salleh, 39, tidak dapat merawat sakit kaki gajah (elephantiasis) pada kaki kanannya kerana tidak mampu menurunkan berat badan 241kg ke tahap selamat untuk pembedahan.

Tiada doktor yang berani untuk menjalankan pembedahan pintasan (bypass) perut konvensional (Roux-En-Y gastric bypass) untuk membolehkannya mengurangkan pengambilan makanan bagi menghilangkan berat badan, kerana ia dianggap terlalu berisiko untuk orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan.

Walau bagaimanapun, terdapat satu kaedah baharu yang disebut pintasan gastrik anastomosis  tunggal atau pintasan gastrik mini, yang mempunyai komplikasi yang lebih sedikit berbanding kaedah konvensional, boleh didapati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perunding pakar bedah PPUM  Dr Pok Eng Hong berkata pintasan mini gastrik akan menangani masalah berat badan Ahmad Khalid dan mereka akhirnya boleh merawat jangkitan parasit yang menyebabkan bengkak yang melampau (filariasis limfatik).

"Ahmad Khalid perlu mengurangkan lebih daripada 100kg sebelum kita boleh merawat kakinya," katanya semalam, berikutan aduan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno berhubung kes itu.

Ahmad Khalid, yang berhenti bekerja sebagai jurujual telekomunikasi kerana keadaannya, hilang 23kg berikutan diet rendah kalori di PPUM.

Dr Pok berkata pembedahan pintasan gastrik mini akan dijalankan pada 9 Januari.

"Kami akan meletakkan satu tiub kecil di perutnya untuk mengurangkan pengambilan makanan. Makanan akan terus disalurkan ke dalam usus kecil, " kata Dr Pok, yang belajar teknik tersebut di Taiwan.

PPUM, yang merupakan perintis kaedah ini di negara ini telah menjalankan prosedur tersebut terhadap tujuh pesakit obesiti tahun ini.

Dr Pok berkata pesakit perlu mengikuti diet khusus dan mengambil multivitamin sepanjang hidup mereka memandangkan pengambilan makanan mereka dan pemakanan akan dihadkan selepas pembedahan bypass.

Jika pesakit mematuhi diet dan senaman program ini, mereka boleh mencapai hampir semua jumlah berat badan yang perlu dikurangkan dalam masa satu setengah tahun untuk mendapatkan berat badan ideal mereka, katanya.

Ahmad Khalid berkata dia mempunyai kesukaran untuk berjalan kerana terlalu banyak tisu menyelaputi kakinya.

Dia berkata semuanya bermula dua bulan selepas dia meredah hutan pada tahun 2009. Dia menghidap demam panas selama sebulan dan selepas itu, kakinya mula bengkak dan disahkan menghidap penyakit filariasis limfatik.

Ahmad Khalid berkata dia masih memerlukan RM10,000 untuk pembedahan walaupun menerima dana kebajikan dan bantuan dari Pusat Zakat Subang Jaya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata mereka telah memaparkan masalah Ahmad Khalid tetapi tiada hospital yang tampil untuk mengambil kes itu sehinggalah PPUM tampil untuk membantu.-mStar
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli