Celcom Jenama Telko Terbaik 2014
KUALA LUMPUR . – Pembekal perkhidmatan telekomunikasi mudah alih, Celcom Axiata Bhd. (Celcom) dianugerahkan sebagai Jenama Telko Terbaik Pilihan Pembaca 2014 pada majlis anugerah HWM+HardwareZone.com Tech 2014.
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pihaknya berbesar hati menerima penghargaan daripada pembaca setia majalah Hardwarezone.com dan Hardware Magazine dan menganggap anugerah yang diberikan itu sebagai satu komitmen bagi Celcom untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.
“Kategori jenama telko terbaik pilihan pembaca 2014 merupakan satu kategori baru yang diperkenalkan oleh HWM+HardwareZone.com dan sekaligus menetapkan tahap tertinggi dalam setiap aspek terutamanya perkhidmatan dan produk yang diberikan kepada pelanggan Celcom,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anugerah HWM+HardwareZone.com memberi pengiktirafan terhadap produk-produk teknologi, perisian dan perkhidmatan komputer, peralatan elektronik, serta sektor komunikasi dan hiburan digital.
Anugerah itu disampaikan kepada Zalman Aefendy oleh Pengurus Besar Plaza Low Yat, Michael Lee.
Zalman Aefendy berkata, pihaknya berterima kasih atas pengiktirafan ini dan akan memberikan komitmen terbaik untuk menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di negara ini. - Utusan Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini