HUIZHOU: Seorang lelaki yang merupakan suspek curi ketika didatangi polis telah menjadikan kekasihnya sebagai tebusan untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.
Kejadian itu berlaku apabila Lelaki itu, Zheng, 26 dikunjungi pihak polis bagi menyiasat berhubungan dakwaan kes mencuri. Dia bagaimanapun kemudiannya menggunakan sebilah pisau pemotong daging mengugut untuk membunuh kekasihnya Xiu Shao, 23, sekiranya mereka tidak dilepaskan.
Dalam kejadian itu, Zheng telah mengarahkan pihak polis keluar dari rumah itu atau dia akan bertindak membunuh Xiu.
Menurut pihak polis, Zheng sebenarnya terdapat beberapa pertuduhan melibatkan kes curi dan mereka ke rumahnya untuk membawa Zheng ke balai polis bagi menjalankan siasatan.
“Kita terpaksa memecah masuk ke rumahnya selepas dia enggan membuka pintu dan mendapati dia mengacukan pisau di leher gadis itu.
“Polis enggan mengalah dan terpaksa membuat keputusan segera selepas mendapati darah mengalir keluar dari leher gadis berkenaan yang luka akibat terkena pisau berkenaan.
“Dua anggota yang mendekatinya telah ditikam dengan cermin yang dipecahkannya,’’ katanya.
Bagaimanapun Zheng telah ditembak oleh pihak polis dan terkena pada bahagian dadanya.
Zheng kemudiannya dibawa ke hospital dan kini keadaannya stabil. - Siakapkeli.com.my