Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Villarreal tamatkan rentak kemenangan 27 kali Atletico Madrid

No Comment
REAKSI pemain Atletico, Mario Mandzukic (kiri) selepas terlepas peluang membolosi gawang ketika pertemuan dengan Villarreal di Madrid, awal pagi tadi. - Foto AP

BARCELONA: Villarreal menamatkan rentak kemenangan 27 kali Atletico Madrid di tempat sendiri dalam Liga Sepanyol selepas penyerang Luciano Vietto menyumbat gol pada lewat perlawanan untuk menyambar kemenangan 1-0 awal pagi tadi.

Vietto menerima umpanan dan mempamerkan gerakan kaki pantas untuk melepasi sekatan Diego Godin sebelum merembat gol kemenangan melepasi penjaga gawang, Miguel Moya ketika permainan berbaki enam minit.

Juara bertahan itu tidak pernah kalah dalam saingan liga di Stadium Vicente Calderon sejak 12 Mei 2013 ketika menundukkan Barcelona 2-1.

Kekalahan terbaharu itu menyaksikan Atletico kini ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu takhta, Real Madrid dan tiga mata mengekori Barcelona selepas kelab Catalan itu seri tanpa jaringan ketika berentap di Getafe, kelmarin.

Selain itu, pemain gantian Espanyol, Christian Stuani menjaringkan gol lewat untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Granada yang bermain 10 orang manakala Eibar meneruskan kecemerlangan dalam kemunculan musim sulung La Liga apabila seri tanpa jaringan ketika menentang Sevilla.

Real Sociedad pula seri 1-1 dengan Athletic Bilbao sewaktu perlawanan dilanda hujan di Stadium Anoeta di bawah bimbingan David Moyes buat pertama kali. - AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli