Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fenomena "New Moon" Tiada Kaitan Dengan Banjir

No Comment


KUALA LUMPUR: Fonomena "New Moon" adalah berkaitan dengan fasa Bulan yang telah lengkap pusingannya mengelilingi paksi bumi dan memasuki fasa bulan baru atau kata lain anak bulan. Dalam istilah falak pula "New Moon" ialah bulan dalam kedudukan Ijtimak dengan Matahari.

Kitaran fasa bulan "New Moon"

Menurut Shahrin Ahmad, seorang penyelidik teknologi angkasa lepas kejadian fenomena yang disalah tafsir oleh surat khabar hari ini ialah apabila bulan mengorbit bumi dalam bentuk elips dimana jaraknya dengan bumi tidak sama dalam putaran( Super Moon). Bukan fenomena New Moon" seperti yang didakwa.

"Apabila Bulan berada dalam kedudukan paling hampir dengan Bumi, ia dikenali sebagai PERIGEE. Ketika ia jauh, ia dipanggil APOGEE."


"Oleh itu, suka saya maklumkan di sini, Fenomena "New Moon" tidak ada kaitan dengan "kedudukan bulan berhampiran dengan bumi" seperti mana dalam artikel dari berita yang terpampang di dada akhbar hari ini." tegasnya.

Beliau turut menekankan sekali lagi bahawa kedua-dua fenomena ini adalah tidak sama dan fakta yang diberikan adalah salah.

Hari ini beberapa akhbar telah mengaitkan peristiwa banjir besar di Pantai Timur sekarang adalah kerana fenomena "New Moon" yang menyebabkan berlaku bencana alam yang luar biasa.

"Berkaitan dengan bab banjir, sila tanya pakar kaji cuaca. Penerangan ini hanya untuk menerangkan kekeliruan penggunaan istilah "New Moon" tersebut." tambah beliau.-Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli