Kerajaan Harus Kaji semula pelaksanaan PT3 - GPMS
KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menya-rankan supaya kerajaan melakukan post-mortem terhadap keputusan ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang mengejutkan semua pihak apabila bilangan calon yang memperoleh gred A jatuh merudum.
Naib Presiden GPMS, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, langkah tersebut penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem peperiksaan awam negara ekoran keputusan peperiksaan PT3 yang tidak menyenangkan banyak pihak.
Beliau berkata, amat mengejutkan apabila beberapa sekolah di luar bandar mencatatkan keputusan semua A dalam semua mata pelajaran dan pada masa yang sama kebanyakan sekolah ternama mencatatkan kemerosotan mendadak jumlah pelajar yang mencatat keputusan semua A.-KOSMO!
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini