Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Korporat: PAS gesa contohi Allahyarham Ani Arope

No Comment


KOTA BHARU: PAS meminta agar pengurusan korporat yang ada sekarang harus mencontohi prinsip yang ada pada bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Allahyarham Tan Sri Ani Arope (foto).

Ketua Penerangan PAS Pusat, ‎Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata Ani Arope memerupakan tokoh korporat yang tegas serta mempunyai integriti yang tinggi.

"PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ani Arope yang meninggal dunia awal pagi semalam, diharapkan mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Kehilangan Ani Arope merupakan satu kehilangan besar buat negara kerana beliau merupakan tokoh korporat yang hebat dan berani dalam menegakkan kebenaran," katanya kepada Harakahdaily.‎

Menurut beliau, keberanian allahyarham terbukti apabila beliau menyanggah Perdana Menteri ‎dalam isu membabitkan penjana tenaga bebas (IPP).

"Allahyarham memang berprinsip, tidak mengizinkan dirinya diperalatkan oleh kepentingan politik parti pemerintah.

"Keberaniannya dalam menjaga kepentingan TNB demi menyelamatkan negara dan rakyat. Kita berharap apa yang beliau lakukan dahulu menjadi pemangkin kepada pengurusan korperat sekarang," sambung beliau.‎

Bekas Pengerusi Eksekutif TNB itu meninggal dunia pada usia 83 tahun jam 5.26 pagi semalam di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) akibat barah prostat sejak lebih dua tahun lalu.

Allahyarham meletak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif TNB, kerana tidak mahu menandatangani perjanjian IPP kepada syarikat-syarikat persendirian seperti Powertek dan YTL Power Service.

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam jam 3.30 petang semalam selepas disolatkan di Surau Al-Ansor, Seksyen 2 jam 2 petang.- HARAKAHDAILY
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli