Lelaki Bersenjata Sudah Dikenalpasti, Minta Dihantar Bendera IS
SYDNEY, 15 Dis - Lelaki bersenjata yang kini menawan beberapa tebusan di sebuah kafe di sini telah dikenalpasti setelah lima tebusan berjaya melepaskan diri dari tawanan itu.
Menurut laporan dari Australian Broadcasting Commision (ABC), lelaki tersebut telah dikenalpasti oleh polis, tetapi tidak dibenarkan untuk memberitahu identitnya.
Tiga lelaki dan dua wanita telah berjaya melepaskan diri dari Lindt Chocolate Cafe telah memberitahu media bahawa lelaki bersenjata itu memberi amaran terdapat dua bom yang dipasang di dalam kafe berkenaan manakala dua lagi bom dipasang di dua kawasan di bandar.
Lelaki bersenjata juga menuntut penghantaran sehelai bendera Negara Islam (IS) dan perbualan dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.
Menurut mereka lagi, lelaki itu menyuruh tawanan memanggilnya "brother"(abang) dan akan melepaskan seorang tawanan sekiranya bendera IS dihantar kepadanya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini