Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menteri Tak Setuju Cadangan Stesen Minyak Tentukan Harga Minyak Sendiri

No Comment
Datuk Seri Hasan Malek

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata kuasa bagi mengawal harga minyak tidak akan diberikan kepada pengusaha stesen minyak walaupun langkah itu dikatakan bakal membantu rakyat Malaysia menikmati harga minyak pada harga yang lebih rendah.

Menurut Datuk Seri Hasan, hanya Putrajaya yang mempunyai kuasa untuk menentukan harga minyak.

"Tidak boleh, harga ini ditentukan oleh kerajaan," katanya memetik laporan dari The Malaysian Insider.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad semalam mencadangkan agar kerajaan membenarkan harga minyak dikawal oleh pengusaha minyak supaya harganya lebih kompetetif sekaligus menguntungkan rakyat.

Pengusaha stesen minyak boleh menawarkan harga yang lebih rendah dari harga siling, yang mana boleh dilihat diamalkan di negara maju lain.

"Dengan cara ini, ia membolehkan satu persaingan di antara pengusaha minyak, selain memberi banyak pilihan kepada pengguna," kata Dzukefly di Kuala Lumpur semalam. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli