Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Lancar Keahlian Dalam Talian Umno

No Comment

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyempurnakan Majlis Pelancaran Keahlian Dalam Talian Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pada Khamis.

Majlis itu turut dihadiri, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan serta Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badrudin Amiruldin.

Najib dalam ucapannya menjelaskan pendaftaran keahlian menerusi dalam talian ini adalah sebahagian usaha mentransformasikan parti bagi membolehkan Umno dilihat terus relevan sepanjang zaman.

Beliau berkata dengan pelancaran sistem dalam talian tersebut dapat menyelesaikan kerumitan dalam urusan pendaftaran dan memudahkan generasi muda menjadi anggota parti.

"Ini juga selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
"Jadi anak-anak kita yang belajar di luar negara, mereka lepas ini juga boleh mendaftar dengan mudah sebagai ahli Umno, terus ada nombor ahli Umno," katanya.

Pada Perhimpunan Agung Umno 2014 lalu, cadangan pendaftaran keahlian menerusi dalam talian ini dikemukakan sendiri Najib ketika menyampaikan ucapan Dasar Presidennya.

Cadangan itu ternyata mendapat sokongan majoriti ahli UMNO terutama sayap pemuda dan puteri yang menyifatkan ia langkah ke hadapan dalam menarik lebih ramai profesional dan golongan muda menyertai parti itu.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli