Pekerja Dibenarkan Tidur 30 minit
SEBUAH kilang di Guangdong, China membenarkan pekerja mereka tidur di tempat kerja selama 30 minit setiap hari kerana mendakwa ia boleh meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus.
Peraturan ini merupakan sebahagian daripada pembaharuan baharu yang dilaksanakan pihak kilang sejak beberapa tahun lalu supaya pekerja lebih produktif.
Difahamkan, peraturan tidur di tempat kerja telah memberi banyak manfaat kepada pekerja dan kerajaan China kini gembira dengan peningkatan produktiviti pekerja yang diperoleh selepas mereka dibenarkan tidur seketika.
Bagaimanapun, sejak 2005, terdapat penambah baikan seperti kenaikan gaji, penyediaan asrama bagi pekerja yang ingin tidur berbaring dan dewan makan diubahsuai menjadi gelanggang pingpong serta tenis untuk mereka bersantai. – Daily Mail / Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini