Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengguna Terbeli Produk Pemberus yang Diperbuat dari Bulu Babi

No Comment
Kebiasaan kita apa bila membeli sesuatu barang keperluan harian, kita tidak akan menyemak apakah material ataupun bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan sesuatu produk itu.

Lain pula cerita seorang pelanggan ini yang mana telah membeli satu produk pemberus. Menerusi page SukanStarTV, seorang pengguna laman Facebook hari ini ada berkongsikan satu perkara yang kurang enak di dengar.

Menurut pengguna tersebut produk pemberus yang dibelinya itu dibuat daripada bulu babi. Selain pengguna tersebut juga mendedahkan nama kedai tempat berus itu dibeli.

Assalamualaikum admin.. Harap admin boleh tolong share info ni yg baru je kene kat saya.
Saya beli berus dekat mrDIY untuk cuci barang botol susu anak n baru perasan yg berus saya guna tu dari bulu babi.
So atas nasihat ustazah saya terpaksa buang semua simpanan susu badan utk anak saya sebab dikuatiri dah tercemar.
Saya harap org ramai lebih hati2 beli barang di mrDIY dan mrDIY lebih sensitif dengan perkara macam ni. 
Dakwaan pengguna tersebut sebenarnya adalah berasas apabila aduan tersebut dilampirkan bersama 4 keping gambar produk tersebut termasuk gambar belakang pembukus produk itu.


Melihat kepada material yang digunakan adalah dari White pig bristles. Bagaimanapun perkara ini sudahpun diadukan kepada peniaga tersebut. Berikut adalah maklum balas dari pihak peniaga.



Menurut kepada apa yang diperkatakan oleh peniaga itu, barangan ini akan dihentikan penjualannya.

Kesimpulannya di sini, kepekaan individu ini telah menghalang perkara yang tidak diingini terus berlaku kepada pengguna.

Kita selaku pengguna juga haruslah menjadikan individu seperti ini sebagai contoh. Kita sepatutnya lebih peka kepada produk-produk yang kita beli sekurang-kurangnya tahu apakah bahan atau material yang digunakan dalam sesuatu produk itu. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli