Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengguna Unifi Di Selangor Hadapi Masalah Internet

No Comment

Sekiranya anda pengguna Unifi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, anda mungkin perasan mengenai prestasi sambungan internet yang tidak stabil dalam beberapa hari ini. Menerusi laman akaun Twitter @TMConnects, mereka mengesahkan masalah tersebut serta mengatakan ianya disebabkan pelayan DNS.


Masalah kesesakkan DNS ini bermaksud ramai pengguna yang cuba untuk mengakses internet namun pada suatu sambungan yang terhad, sekaligus ianya menjadi perlahan berbanding pada situasi biasa. Ini bukanlah kali pertama TM menghadapi masalah sebegini kerana pada bulan Julai lepas, mereka turut menghadapi masalah yang sama berkaitan DNS.

Selain dari masalah kesesakan berpunca dari DNS, mereka juga sedang membaikpulih kabel internet dasar laut SMW4, yang menghubungkan sambungan internet dari Malaysia ke Eropah. Proses pembaikpulihan ini dijangka selesai hari ini dan pelanggan Streamyx turut terkesan dengan pembaikpulihan ini.


Bagi anda yang tinggal diluar kawasan Lembah Klang, adakah anda menghadapi masalah sebegini? Sekiranya ada, mungkin anda boleh menanyakan berkenaannya kepada @TMConnects.

Sumber: Amanz.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli