Penyamun tikam ibu dan anak di dada di Alor Setar
Alor Setar: Dua beranak cedera parah selepas ditikam di bahagian dada oleh perompak dalam kejadian samun di rumah mereka di Taman Harapan, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, dua mangsa iaitu ibu, Ardiana Ahmad Kamil, 46, cedera parah di bahagian dada kiri manakala anaknya, Nur Amira Asshari, 22, pula cedera di bahagian dada kanan dan tangan kiri.
Difahamkan, kejadian bermula apabila perompak memasuki rumah melalui pintu belakang sebelum memasuki bilik Amira lalu mencekik mangsa sebelum menikamnya.
Ibu mangsa yang tidur di bilik bersebelahan kemudian bergegas ke bilik anaknya selepas mendengar jeritan, sebelum turut ditikam perompak terbabit.
Dua mangsa itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, bagi rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.-Harian Metro
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini