Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Terhempas Di Pengkalan Chepa, Juruterbang Cedera Ringan

No Comment


Kota Bharu: Seorang jurutera sebuah syarikat penerbangan berusia 37 tahun cedera selepas pesawat ringan jenis Piper dipandu terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi tadi.

Jurutera itu yang juga ahli Kota Bharu Flying Club (KBFC) sedang dalam latihan selama sejam sebelum pesawatnya gagal dikawal ketika mahu mendarat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mangsa sudah memiliki lesen L dan latihan itu memfokus kepada latihan penerbangan turun dan naik pesawat.

"Dia memandu pesawat itu secara solo dan latihan sebagai sebahagian daripada prosedur mendapatkan lesen penerbangan persendirian.

"Kejadian dipercayai akibat kesilapannya mengawal pesawat," katanya.

Mangsa yang cedera menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.-Metro Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli