Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

DAP Sahut Cabaran PAS Berdebat Mengenai HUDUD

No Comment


PETALING JAYA: Pihak DAP harini ini telah menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Zaharuddin Muhammad bekenaan Hudud.

Setiausaha DAPSY Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata cabaran tersebut merupakan sesuatu yang pelik apabila mencabar DAP.

“Nampaknya Zaharuddin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang benar-benar serius mahu mengetahui pendirian DAP mengenai Hudud.

“Namun sekiranya beliau membaca atau berbincang dengan mana-mana pemimpin DAP, beliau pastinya tahu bahawa pendirian DAP mengenai Hudud dan pelaksanaannya seperti yang disebut Lim Kit Siang adalah sama dengan pendirian yang diambil oleh tiga Perdana Menteri pertama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu bahawa undang-undang hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan asas sebuah negara sekular dan menjadikan Islam agama rasmi Persekutuan serta kebebasan beragama.

Zaharuddin harus memahami garis pemisah antara negara sekular dan Islam dalam langskap pemerintahan di Malaysia kerana ramai tidak tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah bersifat sekular.

“Sekular tidak bermakna DAP menentang Islam, atau apa jua agama lain. Maksud sekular ialah supaya kita dapat bertoleransi, bermesra dan menghormati semua agama. Kami percaya bahawa semua orang dilihat sama di mata undang-undang.

“Sekali lagi PAS telah menunjukkan sisinya yang sebenar melalui berahinya." Katanya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli