Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pihak Polis Sahkan Kejadian Letupan Di Gurun Semalam Adalah Kerana Bom Milik Pasukan Keselamatan

No Comment


SUNGAI PETANI: Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Kedah hari ini telah mengesahkan bahawa kejadian letupan yang berlaku semalam di Taman Ria Mesra, Gurun adalah berpunca daripada bom milik Angkatan Tentera Malaysia.

Kejadian tersebut telah mengorbankan 3 orang penghuni rumah tersebut iaitu seorang tentera berumur 37 tahun dan ahli keluarganya termasuk seorang kanak-kanak perempuan 8 tahun.

Menurut pihak polis bom tersebut meletup kerana lelaki tersebut telah cuba menggergaji bom berkenaan dan kejadian itu telah disaksikan olej seorang saksi. Bagaimanapun motif lelaki itu menggergaji bom itu tidak dapat dipastikan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisoner Nashir Ya, pihak mereka masih menjalankan siasataan secara terperinci mengenai bagaimana bom tersebut yang di bawa balik kerumah.

"Kita percaya bom yang meletup di rumah berkenaan milik pasukan keselamatan kerana beberapa serpihan bahan letupan yang dijumpai di lokasi jelas menunjukkan ia digunakan pasukan keselamatan Malaysia.


"Selain itu, pihak kami turut menemui sejumlah besar mercun yang dilarang di bahagian belakang rumah milik anggota tentera yang terkorban itu," katanya.

Semalam dalam pukul 4.30 petang penduduk Taman Ria Mesra terkejut besar selepas mendengar letupan kuat yang mengegearkan kawasan tersebut yang menyebabkan 40 buah rumah rosak dengan

Anggota tentera tersebut, Koperal Ayob Hassim dari Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang bertugas di Kem Hobart, Gurun telah cuba mengubahsuai bom tersebut dan tanpa disangka ia meletup.


Letupan itu telah mengorbankan 3 nyawa termasuk beliau dan 2 orang lagi cedera parah iaitu isterinya, Sharifah Hasinda, 30, yang sedang mengandung dan juga seorang jiran mereka Zuraida Mat Robete, 30,  yang kini dirawat di wad ICU Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star.-Siakapkeli.com.my.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli