Rafizi Bertegas Tidak Akan Mohon Maaf Kepada PM Isu Subsidi
KUALA LUMPUR: Rafizi hari ini mengeaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Dato Sri Najib Tun Razak Mengenai isu subsidi yang dibangkitkannya sebelum ini yang membuatakan Dato Sri Najib ingin menyaman beliau.
Beliau yang telah menerima notis memohon maaf 2 minggu dari syarikat guaman Firma Hararizam Wan & Aisha Mubarak bagaimanapun tetap bertegas tidak menarik balik kenyataan itu yang dimuat naik dalam fecebooknya sebelum ini.
Video tersebut Rafizi Ramli
"Kena saman ni perkara adalah perkara biasa. Setakat ini yang saman saya semua tarik balik bila sampai ke mahkamah kerana tidak sanggup disoal balas peguam," katanya
Menurut beliau, dia tidak perlu bimbang kerana kerana mempertahankan subsidi minyak kepada rakyat.
"Saya sudah menjangkakan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan saman terhadap saya selepas rakan saya YB Tony Pua telah menerima surat yang sama minggu lepas. Saya percaya ia ada kena mengena dengan kritikan berterusan dari kami berdua mengenai 1MDB."
"Saya berasa bangga mendapat saman dari seorang Perdana Menteri kerana mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan subsidi minyak sekurang-kurangnya 30 sen seliter dalam keadaan pimpinan negara berbelanja sewenang-wenangnya dana rakyat dalam projek-projek yang membebankan rakyat seperti 1MDB." ujar beliau lagi
Selain itu beliau menyatakan rasa terbuka untuk sedia berdebat dengan mana-mana kepimpinan dari pihak kerajaan dalam isu mempertahankan subsidi ini dan mengatakan sehingga sekrang tiada pun yang berani menyahut cabaranya itu.
Beliau jugak menyifatkan tindakan yang dilakukan Dato Sri Najib itu adalah tepat pada masanya kerana dengan cara ini beliau dapat menjelaskan isu ini lebih terperinci nanti dengan memberi penerangan di mahkamah dan akan membongkarkan isu 1MDB di sana.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini