Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KJ Sindir Naib Presiden Amerika Berkenaan Akta Hasutan

No Comment


PETALING JAYA – KJ hari ini membidas kenyataan dari Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang melahirkan perasaan bimbang terhadap pengekalan Akta Hasutan 1948 oleh Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini.

“Kes rayuan Anwar Ibrahim peluang penting buat Malaysia membetulkan keadaan dan menunjukkan keyakinan terhadap sistem demokrasi dan badan kehakimannya,”, tulis Biden di laman Twitternya.


KJ bertindak membalas tweet dari Biden dengan mengatakan AS pun lebih kurang sama sahaja tetapi dalam bahasa sarkastik. KJ menulis "Menutup Guantanamo memberikan AS peluang penting untuk membuat perkara yang betul dan menggalakkan keyakinan dalam demokrasi & perundangan.

KJ kemudiannya memuat naik gambar perkara ini dengan kapsyen sedikit menyindir di Facebooknya.
Mengata dulang paku serpih. Bukan main nak memberi 'tekanan' kepada orang lain, terlupa nak tengok cermin.
Jawapan saya kepada Naib Presiden Amerika Syarikat dalam Twitter.
Hubungan diplomasi, kita amalkan seperti biasa. Tetapi prinsip mesti dinyatakan dengan jelas.

 Ramai yang memuji tindakan dari KJ ini tetapi dalam masa yang sama ramai juga yang bersikap sinis terhadap perkara tersebut. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli