Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tun M: Berjudi Bukan Cara Untuk Tambah Hasil Pendapatan Kerajaan

No Comment


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno telah berakhir tetapi bagi bekas mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri ada banyak perkara yang tidak dibahaskan daam persidangan tersebut dan beliau menyatakan rasa kecewa.

“Saya kecewa kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian Umno dan Kerajaan,” menurutnya dalam blog Chedet milik beliau.

Baliau mengulas mengenai TPPA yang dianggapnya memerbahya kepada masa depan negara dan perkara itu tidak dibahaskan di dalam PAU.

“Tidak ada perubahan terhadap niat untuk menandatangani perjanjian bebas cukai Trans Pacific Partnership Agreement. Perjanjian 29 bab ini merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera. Perjanjian ini lebih tertumpu kepada sekatan terhadap Negara Cina dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman Negara,” tulisnya lagi.

Selain itu, Tun turut membangkitkan isu 1MDB kerana bunga yang dikenakan kepada kerajaan adaah amat tinggi yang boleh merugikan kerajaan selain komisyen yang tinggi di perolehi oleh syarikat yang menjalankannya.

Menguas mengenai pelaburan pelaburan atau wang disimpan yang dibuat di Caymans Islands beliau berkata pulau tersebut adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan mata wang yang merupakan satu jenis judi.

“Berjudi bukan cara Kerajaan mencari dana, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dahulu pun Kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam Hedge Fund dengan gerenti pulangan 30 peratus. Tetapi ia ditolak,” 

Kerana ini beliau telah menyatakan pendirian menarik balik sokongannya ayng diberikan kepada kepimpnan Datuk Seri Najib kerana tindakan kerajaan sekarang banyak merugikan rakyat dan negara.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli