Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mimiy Suhaiza Selesa Bertumit Tinggi Ketika Hamil

No Comment


Pelakon Memey Suhaiza iaitu isteri kepada pelakon Norman Hakim mengakui bahawa dia tidak pernah meninggalkan kasut tumit tinggi ketika hamil sekarang.

Dia lebih selesa memakai kasut tumit tinggi berbanding kasut tapak sama walaupun tengah mengandung 5 bulan sekarang.

Menurut Memey yang dipetik dari Murai.com "Ya, memang sekarang saya masih mengenakan kasut bertumit atau bertapak tinggi walapun sedang hamil anak kedua. Saya sudah biasa dari dulu dengan kasut bertumit tinggi, jadi bila hamil pun saya lebih selesa mengenakan kasut begini.

"Sebelum ni pun ketika hamilkan anak pertama, saya tetap memakai kasut tinggi sehingga lah Darwish dilahirkan. Pernah cuba memakai kasut yang tidak bertumit tapi saya jadi kekok dan tak selesa pula," katanya lagi.

Memey ditemui ketika mencuba kasut kesihatan jenama Medifeet yang memperkenalkan 15 rekaan baru bagi edisi 2015.

Memey selesa memakai kasut tumit. Foto; Murai

"Biasa orang pilih kasut pasti nak yang cantik dan bergaya  sahaja bukan? Tapi saya lihat kasut MediFeet ini lain kerana  perekanya lebih mementingkan keselesaan pengguna.

"Malah rekaannya juga bergaya dan menepati citarasa wanita kini. Tapi saya lebih tertarik  dengan  keselesaan kasut ini bila ia disarungkan ke kaki,"ceritanya.

Memey dan suaminya sudah tidak sabar menunggu kelahiran anak kedua mereka ini yang dijangka lahir pada bulan April tahun depan.- Siakapkeli.com.my. -Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli