Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya Gara-Gara Media Sosial

No Comment


KUALA LUMPUR: Pelakon Scha Al Yahya berasa bimbang mengenai keselamatan anaknya, Lara Alana kerana kehidupan peribadi bayi tersebut terlalu terdedah menerusi media sosial yang diwujudkannya.

Scha, 31, juga sedar mendedahkan bayi berusia empat bulan itu kepada umum mempunyai banyak bahaya dan boleh mendatangkan risiko.

"Pada mulanya saya tidak setuju apabila Awal ingin buka akaun Instagram dan Facebook Lara kerana bimbang keselamatan dia.

"Saya risau dia lebih dikenali ketika di luar, tetapi Awal menganggap ia sebagai perjalanan kehidupan anak kami," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama komedi 3 Campur 2, di Souled Out, di sini, Khamis.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang media sosial Instagram dan Facebook yang dibuka atas nama kanak-kanak itu.

Perkara tersebut mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang menganggap sebagai mendedahkan privasi  bayi tersebut kepada risiko terhadap keselamatan.

Sementara itu, jelas Scha, laman sosial Facebook yang dibuka itu bagi mengelakkan akaun palsu yang dibuka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, pihak tersebut menggunakan nama Lara Alana bagi menarik pengikut supaya laman itu dapat dijual kepada pihak lain.

"Banyak sangat akaun Facebook palsu yang mana mereka buka untuk dapat keuntungan. Itu sebabnya kami sengaja buka akaun Lara sebenar agar peminat tidak tertipu," ujarnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, setakat ini tiada perkara tidak diingini berlaku selepas akaun media sosial itu diwujudkan.- mStar
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli